Wednesday, 15 February 2012

Amalan seharian

1) BISMILLAH (Dengan Nama Allah)
Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya
terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin,
daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut. Dan barang
siapa membaca sebanyak 50 kali diahadapan orang yang zalim, hinalah dan
masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan
kepada pembaca.


(2) SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan)
Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya,
nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya
dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barang siapa membaca 20 kali
sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezkinya dilapangkan oleh
Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya.


(3) AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)
Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya
terpelihara dari tipudaya dan ganguan syaitan. Dengan>membacanya, seorang
yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya
akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman. Barangsiapa
sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli
rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya.

Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah Akan meninggikan
darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat
menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke
hari Qiamat. Dan tersebut dalam hadith yang lain :
Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka
pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan kota nur menurut
bilangan rambut dibadannya. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam
itu, ia dikira mati syahid. Hadith yang lain mengatakan: Barangsiapa
membacanya selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari
kekerasan malakul-maut, dan Allah sendiri yang mencabut rohnya, dan dia
akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya
hingga ia gugur mati Syahid.

Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: Barangsiapa membaca sekali, nescaya
Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali
ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran
ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.


(4) SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina)
Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanarrasulu) sebelum
tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.


(5) SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran)
Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, Nescaya ia akan
mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.


(6) SURAH AN-NISSA' (Perempuan)
Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan
terselamat dari kejahatan para penjahat.


(7) SURAH AL-MAIDAH (Hidangan)
Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang mungkin
selama 3 hari berturut -turut, insya Allah akan terselamat dari was-was
semasa wudhu dan sembahyang. Barang siapa membaca ayat 89 hingga ayat
101dari surah ini, keatas air lalu diberi minum kepada orang yang bercakap
dusta, nescaya ia tidak akan bercakap dusta lagi.


(8) SURAH AL-AN'AM (Binatang Ternak)
Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari segala
bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini,dibaca oleh penumpang
kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam.


(9) SURAH AL-A'RAAF (Benteng Tinggi)
Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang
fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala
dosanya. Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan terpelihara
dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah.


(10) SURAH AL- ANFAL (Rampasan)
Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan di
cintai dan dihormati oleh sekalian manusia.


(11) SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus perhubungan)
Barangsiapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan akan
mencapai hakikat iman. Barang siapa membaca ayat 111 dari surah ini,
dikedai atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju
perniagaannya itu.


(12) SURAH YUNUS (Yunus)
Barangsiapa membaca ayat 31dari surah ini, ke atas Perempuan yang hamil,
nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat.
Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari
mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.


(13) SURAH AL-HUD (Hud)
Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan Kehebatan serta
ketenangan dan ketenteraman jiwa. Barang siapa membaca ayat 56 dari surah
ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia
yang jahat dan binatang yang liar. Barang siapa membaca ayat112 dari surah
ini, sebanyak 11 Kali selepas tiap-tiap sembahyang, nescaya akan mencapai
ketetapan hati.


(14) SURAH YUSUF (Yusuf)
Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan
kepadanya. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar
dari kepahitan dan kesukaran hidup.Barang siapa membac
ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesalehan kepada
anak-anaknya.


(15) SURAH AR-RA'D (Petir)
Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari petir.
Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya Penyakit jantungnya
akan sembuh.


(16) SURAH IBRAHIM (Ibrahim)
Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya
anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah.


(17) SURAH AL-IIIJ'R (Batu Gunung)
Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan
yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan
terselamat, dari gugurnya.


(18) SURAH BANI ISRAIL (anak-anak Israil)
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang
bercakap gagap insya Allah akan hilang gagapnya itu. Barang siapa membaca
ayat 80 dari surah ini, ketika ia pulang dari perjalanan, nescaya dia akan
dimuliakan dan dihormati oleh orang-orang yang setempat dengannya.


(19) SURAH AL-KAHF (Gua)
Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan.
Barang siapa membacanya pada malam Jumaat, nescaya dia akan mendapat rezeki
yang murah.


(20) SURAH MARYAM (Maryam)
Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di
akhirat.


(21) SURAH THAAHAA (Hai Manusia)
Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu
pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya.
Barang siapa membaca ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap-tiap
hari selepas sembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas dan akalnya akan
sempurna.


(22) SURAH AL ANBIYA (Nabi-Nabi)
Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapat
sebesar-besar pangkat di sisi Allah s.w.t .


(23) SURAH AL-HAJ (Haji)
Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.


(24) SURAH AL-MU'MINUN (Orang-orang Mukmin)
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang
selalu minum minuman  keras,nescaya dia tidak akan meminumnya lagi. Barang
siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akan terselamat
daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian dan serangan
musuh.


(25) SURAH AN-NUUR (Cahaya)
Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang
buruk. Barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini, pada hari Jumaat
sebelum sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang
ramai.


(26) SURAH AL-FURQAN (Pembaca)
Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih, lalu air
itu dipercikkan di dalam rumah, nescaya rumah itu akan terselamat dari
gangguan binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa.


(27) SURAH ASY-SYU A'RA (Ahli-ahli Syair)
Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan
senafas ke atas orang-orang yang digigit oleh binatang-binatang yang
berbisa nescaya akan hilang bisa-bisa itu.


(28) SURAH AN-NAML (Semut)
Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya.

(
29) SURAH AL-QA-SHASH (Cerita)
Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya Mereka tidak
akan mencuri dan mengkhianat. Barang siapa membaca ayat-ayat 51 hingga 55
dari surah ini, Nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan
sempurna dan budi pekertinya akan halus.


(30) SURAH AL-ANKABUT (Labah-labah)
Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh. Barang siapa
membacanya, nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah.

(
31) SURAH AR-RUM (Rum)
Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yang hendak
menzaliminya.


(32) SURAH LUQMAN (Luqman)
Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala
penyakit terutama dari  penyakit-penyakit perut. Barang siapa membaca ayat
31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.


(33) SURAH AS-SAJ DAH (Sujud)
Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas
kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala
penyakit ruhani dan jasmani.


(34) SURAH AL-AHZAB (Golongan-golongan)
Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya ia akan
mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati. Dan barang siapa membaca
ayat-ayat 60 hingga 66 dari surah ini, nescaya Allah akan
membinasakan musuh-musuhnya.


(35) SURAH SABA' (Saba')
Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala-gala bala bencana,
terutamanya dari rosaknya tanam-tanaman.


(36) SURAH FAATHIR (Pencipta)
Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah Akan memberkati
perniagaannya.


(37) SURAH YAASIIN (Hai Manusia)
Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda : "Tiap-tiap sesuatu Mempunyai hati dan
hati Al-Quran ialah surah Yaasiin." Yaasiin kerana Allah, nescaya akan
terampun segala-gala dosanya kecuali dosa syirik.." Dalam satu hadith yang
lain Baginda s.a.w bersabda: "Hendaklah kamu membaca surah Yaasiin ke atas
pesakit-pesakitmu yang menghadapi sakaratul-maut, nescaya Allah s.w.t akan
meringankan kekerasan sakaratul-maut itu."Dalam satu hadith yang lain pula
Baginda s.a.w bersabda: "Aku ingin benar, agar surah Yaasiin ini dihafaz
oleh tiap-tiap umatku."
Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala hajat
dan cita-citanya.
Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat, Lalu berdoa
istghfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu bapanya akan
diampunkan oleh Tuhan.
Barang siapa membaca sekali ketika membuka kedai atau perniagaan, nescaya
akan maju perniagaannya itu.
Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andaikata ia mati pada
malam itu, mesti ia mati syahid.
Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap sembahyang Jumaat, nescaya
ia akan diselamatkan dari seksa kubur. Jika dibacanya oleh seorang askar,
ketika ia hendak turun kemedan peperangan, Allah akan
mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan, serta naiklah ketakutan
pada musuh-musuhnya. Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat surah Yaasiin ini
banyak benar didapati di dalam kitab-kitab hadith
tetapi cukuplah setakat ini untuk diamal oleh anda sekalian.


(38) SURAH ASH-SHAAFFAAT (Yang Berbaris)
Barang siapa membacanya, insya Allah in akan terpelihara daripada gangguan
jin.


(39) SURAH SHAAD (Shaad)
Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat kebahagian
sejati. Insyallah rakan- rakan semua akan mendapat
Sumber : Dari Email

Cara Cepat & Mudah Menghafal- Surah Yaasiin

Asssalamu'alaikum Muslim & Muslimat,

Terdapat pelbagai kaedah Cara Mudah & Cepat Hafaz Surah Yaa Siin. Di sini dikongsi salah satu cara yang disyorkan untuk amalan semua.

Sesungguhnya tiada jalan pintas untuk mendapatkan sesuatu.
Kaedah ini hanya menyediakan "alat" untuk memudahkan proses hafazan, namun pendekatan ini hanya boleh berjaya melalui keazaman yang  tinggi serta usaha berterusan yang dibuat untuk menghafaz keseluruhan Surah Yaa Siin. Selamat Mencuba!!

Cara-cara yang disyorkan
-------------------------------------
  • Niat dalam hati disamping memohon bantuan Allah agar dipermudahkan proses hafazan.
  •  Cetak fail pdf yang dilampirkan. .
       Ada 4 helai kertas yang memuatkan keseluruhan Surah Yaa Siin.
  • Mulakan dengan kertas yang pertama. Usahakan untuk menghafaz sehingga lancar.
  •  Kertas bercetak tersebut boleh dilipat kecil untuk dibawa kemana-mana kecuali ke dalam tandas.
  • Buat bayangan mental berkenaan kedudukan ayat pada lipatan kertas agar dapat membantu minda untuk mengecam dan sekaligus menghafaz.
  • Teliti corak susunan tertentu pada ayat tersebut, contohnya ada dua kali ayat bermula dengan huruf qaf  sebelum bertukar dengan huruf wau dan kemudian kembali dengan dua kali ayat bermula huruf qaf. Kaedah penandaan sebegini mampu memudahkan proses hafazan.
  • Tetapkan matlamat mengenai bilangan ayat yang ingin dihafaz dalam sehari dan raikan dengan ucapan penuh kesyukuran jika berjaya dicapai.
  • Warnakan dengan pen highlighter kawasan yang bertajwid, seperti bacaan yang panjang dan dengung.
  • Setelah kertas pertama berjaya diingat dengan sempurna, teruskan dengan kertas yang berikutnya.
  • Adalah lebih baik, jika makna surah dapat dihafaz bersama.


Insyallah dengan niat bersungguh-sungguh dan ikhlas  kerana Allah dapatlah kita menghafal surah Yaasin. Sebarkan maklumat ini kepada semua.

Sumber : Dari Email

Tuesday, 14 February 2012

Surah Al Fatihah

Bitmap
ñ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
1
ò
[1.1] Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.1
[1.2] Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam,
[1.3] Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
[1.4] Yang menguasai hari pembalasan.
[1.5] Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan
[1.6] Tunjukilah kami jalan yang lurus,
[1.7] (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

Monday, 13 February 2012

Zikir Dan Doa Pelembut Hati

1. Zikir Pelembut Hati
Zikir ini elok dia amalkan oleh isteri-isteri yang mahu hati suaminya menjadi lembut: Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir
Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan ke atas suami sekira-kira suami tidak perasan. Atau isteri membacanya waktu suami tidur nyenyak. Hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami. Mudah-mudahan Allah lembutkan hatinya. Bila hati sudah lembut, mudahlah dibuka kunci perhubungan atau pintu perbincangan. (Zikir ini juga boleh diamalkan untuk melembutkan hati anak) Selain daripada itu amalkan doa ini:
"Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan besi"

2. Doa Untuk Melembutkan Hati yang Marah
Pada orang yang marah kepada kita, contohnya suami atau boss di pejabat, agar lembut hatinya, bacalah dihadapannya Surah An 'Nisaa Ayat 84. (Sila rujuk Al-Quran)
Maksudnya: "Semoga Allah menahan kekuatan orang-orang kafir dan Allah yang lebih kuat dan lebih sangat siksaNya. Ya Tuhan yang Maha Pemelihara dan Maha Pemberi Keselamatan."
3. Doa Pelembut Hati

Wahai Tuhan yang Maha Pelembut. Allah Maha Lembut terhadap hamba-hambanya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dikehendakinya dan Dialah Yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa (Asy Syuura -ayat 19 (42) Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung (ALI’IMRAN- 200 (3)
Cara Beramal
1. Baca dalam doa selepas solat fardhu iaitu di samping baca doa-doa lain , tambahkan doa ini 2. Jadikan ‘amalan membaca doa ini secara istiqamah dalam doa selepas solat fardhu 3. Baca pada waktu malam semasa anak nak tidur atau sedang tidur.
Kaedah
i. Letakkan tapak tangan kanan di dada sebelah kiri ii. Istighfar 3 x kemudian niatkan dalam hati Ya Allah lembutkanlah hati anakku Ya Allah jadikanlah anakku ini anak yang soleh/solehah iii. Kemudian baca doa di atas iv. Dah habis baca doa tadi tiup umbun-umbun kepala , muka dan dada anak 3 X *** Amalkan doa ini secara istiqamah, Insya Allah akan dapat keberkatan dan pertolongan dari Allah *** Doa ini juga boleh di amalkan untuk diri sendiri dengan meletakkan tangan kanan di dada kiri dan baca doa di atas.
4. Doa Lembut Hati
1. Untuk melembutkan hati orang a) Istighfar 3 x b) Niatkan dalam hati: Ya Allah lembutkan hati suamiku dan berilah taufik hidayah kepadanya c) Baca doa ini kemudian kejamkan mata, bayangkan wajah suami dan tiup pada tengkuknya 3 x Nota: Amalkan setiap lepas solat fardhu Wassalam

AYAT KURSI MENJELANG TIDUR

Abu Hurairah r.a. pernah ditugaskan oleh Rasulullah S.A.W. untuk menjaga gudang zakat di bulan Ramadhan. Tiba-tiba muncullah seseorang, lalu mencuri segenggam makanan. Namun kepintaran Hurairah memang patut dipuji, kemudian pencuri itu kemudian berhasil ditangkapnya.

"Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W.," gertak Abu Hurairah.
Bukan main takutnya pencuri itu mendengar ancaman Abu Hurairah, hingga kemudian ia pun merengek-rengek : "Saya ini orang miskin, keluarga tanggungan saya banyak, sementara saya sangat memerlukan makanan."
Maka pencuri itu pun dilepaskan. Bukankah zakat itu pada akhirnya akan diberikan kepada fakir miskin ? Hanya saja, cara memang keliru. Mestinya jangan keliru.

Keesokan harinya, Abu Hurairah melaporkan kepada Rasulullah S.A.W. Maka bertanyalah beliau : "Apa yang dilakukan kepada tawananmu semalam, ya Abu Hurairah?"
Ia mengeluh, "Ya Rasulullah, bahawa ia orang miskin, keluarganya banyak dan sangat memerlukan makanan," jawab Abu Hurairah. Lalu diterangkan pula olehnya, bahawa ia kasihan kepada pencuri itu,, lalu dilepaskannya.


"Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W.," ancam Abu Hurairah, sama seperti kelmarin. Dan pencuri itu pun sekali lagi meminta ampun : "Saya orang miskin, keluarga saya banyak. Saya berjanji esok tidak akan kembali lagi."Kasihan juga rupanya Abu Hurairah mendengar keluhan orang itu, dan kali ini pun ia kembali dilepaskan. Pada paginya, kejadian itu dilaporkan kepada Rasulullah S.A.W., dan beliau pun bertanya seperti kelmarin.

Dan setelah mendapat jawapan yang sama, sekali lagi Rasulullah S.A.W. menegaskan : "Pencuri itu bohong, dan nanti malam ia akan kembali lagi."
Malam itu Abu Hurairah berjaga-jaga dengan kewaspadaan dan kepintaran penuh. Mata, telinga dan perasaannya dipasang baik-baik. Diperhatikannya dengan teliti setiap gerak-geri disekelilingnya sudah dua kali ia dibohongi oleh pencuri. Jika pencuri itu benar-benar datang seperti diperkatakan oleh Rasulullah dan ia berhasil menangkapnya, ia telah bertekad tidak akan melepaskannya sekali lagi. Hatinya sudah tidak sabar lagi menunggu-nunggu datangnya pencuri jahanam itu. Ia kesal. Kenapa pencuri kelmarin itu dilepaskan begitu sahaja sebelum diseret ke hadapan Rasulullah S.A.W. ? Kenapa mahu saja ia ditipu olehnya ?


"Awas!" katanya dalam hati. "Kali ini tidak akan kuberikan ampun."Malam semakin larut, jalanan sudah sepi, ketika tiba-tiba muncul sesosok bayangan yang datang menghampiri longgokan makanan yang dia jaga. "Nah, benar juga, ia datang lagi," katanya dalam hati. Dan tidak lama kemudian pencuri itu telah bertekuk lutut di hadapannya dengan wajah ketakutan. Diperhatikannya benar-benar wajah pencuri itu. Ada semacam kepura-puraan pada gerak-gerinya.
"Kali ini kau pastinya kuadukan kepada Rasulullah. Sudah dua kali kau berjanji tidak akan datang lagi ke mari, tapi ternyata kau kembali juga. Lepaskan saya," pencuri itu memohon. Tapi, dari tangan Abu Hurairah yang menggenggam erat-erat dapat difahami, bahawa kali ini ia tidak akan dilepaskan lagi. Maka dengan rasa putus asa ahirnya pencuri itu berkata : "Lepaskan saya, akan saya ajari tuan beberapa kalimat yang sangat berguna."

"Kalimat-kalimat apakah itu?" Tanya Abu Hurairah dengan rasa ingin tahu. "Bila tuan hendak tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Maka tuan akan selalu dipelihara oleh Allah, dan tidak akan ada syaitan yang berani mendekati tuan sampai pagi."

Maka pencuri itu pun dilepaskan oleh Abu Hurairah. Agaknya naluri keilmuannya lebih menguasai jiwanya sebagai penjaga gudang.
Dan keesokan harinya, ia kembali menghadap Rasulullah S.A.W. untuk melaporkan pengalamannya yang luar biasa tadi malam. Ada seorang pencuri yang mengajarinya kegunaan ayat Kursi.
"Apa yang dilakukan oleh tawananmu semalam?" tanya Rasul sebelum Abu Hurairah sempat menceritakan segalanya.
"Ia mengajariku beberapa kalimat yang katanya sangat berguna, lalu ia saya lepaskan," jawab Abu Hurairah.
"Kalimat apakah itu?" tanya Nabi.
Katanya : "Kalau kamu tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Dan ia katakan pula : "Jika engkau membaca itu, maka engkau akan selalu dijaga oleh Allah, dan tidak akan didekati syaitan hingga pagi hari.

"Menanggapi cerita Abu Hurairah, Nabi S.A.W. berkata, "Pencuri itu telah berkata benar, sekalipun sebenarnya ia tetap pendusta." Kemudian Nabi S.A.W. bertanya pula : "Tahukah kamu, siapa sebenarnya pencuri yang ertemu denganmu tiap malam itu?"
"Entahlah." Jawab Abu Hurairah.
"Itulah syaitan."


Wassalam.

Hiasilah Diri Kita Dengan KEIMANAN Bukan Dengan KEEGOAN.
"Bohong dia," kata Nabi : "Pada hala nanti malam ia akan datang lagi."
Kerana Rasulullah S.A.W. berkata begitu, maka penjagaannya diperketat, dan kewaspadaan pun ditingkatkan. Dan, benar juga, pencuri itu kembali lagi, lalu mengambil makanan seperti kelmarin. Dan kali ini ia pun tertangkap.

9 sebab kenapa hati tidak bahagaia

Setiap manusia yang baru dilahirkan berada dalam keadaan MAK SUM yang
bebas dari sebarang dosa. Pabila kita telah mencapai umur aqal baligh
barulah Allah swt perintahkan setiap amal kebajikan dan perbuatan
kejahatan kita ditulis dalam buku amalan kita oleh malaikat Raqib dan
Atiq.

Di bawah ini izinkan saya perturunkan petikan dari satu artikel yang
sangat baik untuk kita baca dan ambil ikhtibar oleh kita semua.
Petikan
ini tidak saya tujukan kepada sesiapa samada hidup atau pun yang
telah
mati. Cuma untuk kita berkongsi ilmu Allah swt yang maha luas.

9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di
dalam
diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati
tentunya
tidak tenang.

2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada.
Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam
hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau
tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah
kena
sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana
ia
memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta,
kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih
mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok
dikongsi
bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah
tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq,
pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana
kadangkala
rezeki itu Allah beri melalui maknusia

5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan
puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air
laut...walau
berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak
selalu
rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia
dipakai
atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu
belum
boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ)
Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat
dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar
apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah
bersabar
bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue
walau
keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling
tidak
tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari su dut
zahir
mahupun batin.

8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk
dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia
akan
menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya.
-Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana
bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa
tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma
bawa
amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka
dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan
rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan
su
paya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya
disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah
MAZMUMMAH.
Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada
bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap
menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan
akan
bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati
antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh
padahnya.
Wallahualam"

Rahsia BERWUDUK dari Sudut Kesihatan Manusia......

Syarat mendirikan solat ialah mengambil wuduk .Tentu tidak sah jika kita mengerjakan solat lima waktu tetapi meninggalkan wuduk.

Pernahkah kita terfikir dengan perintah Allah SWT dengan perbuatan yang nampak remeh ini. Kenapa tidak?? Kenapa tangan bersama dengan air menyentuh anggota-anggota tubuh. Kenapa wajah yang dibasuh? Kenapa mesti telinga?

Banyak rahsia berwuduk yang hanya Allah Maha Mengetahui namun antara rahsia wuduk yang dapat diungkapkan ialah:

Setiap perintah Allah SWT tentu memiliki hikmah kebaikan disebaliknya. Lima pancaindera kenapa semua tanpa terkecuali disapu oleh air wuduk. Mata, hidung, telinga & seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa.

Pakar Urat Saraf / neurologist pun telah membuktikan dengan air wuduk yang menyejukkan hujung-hujung urat saraf jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untuk menenangkan fikiran.

Anda tentu pernah mendengar akupuntur kan? Cuba cari dan ketahui dimana terletaknya titik-titik sensitif yang sering digunakan dalam ilmu akupuntur?kemudian hayati rukun wuduk. InsyaAllah kita akan menemui persamaan antara keduanya.

Anggota badan yang terkena semasa berwuduk terdapat ratusan titik akupuntur yang merupakan titik penerima ransangan terhadap sentuhan berupa basuhan, gosokan, usapan, dan tekanan/urutan ketika melakukan wuduk. Sentuhan tersebut akan dihantarkan ibarat signal ke sel, jaringan, organ dan sistem organ yang bersifat terapi. Ini terjadi kerana adanya sistem komunikasi iaitu antara sistem saraf dan hormon untuk mewujudkan homeostasis (keseimbangan). Titik-titik akupuntur merupakan suatu fenomena yang menarik bila berkaitan dengan syariat wuduk yang disyariatkan 15 abad yang lalu.

Jumlah Titik Akupuntur Pada Anggota Wuduk(rukun dan sunat)

Muka 84

Tangan 95

Kepala 64

Telinga 125

Kaki 125

Jumlah keseluruhan = 493

Ternyata terdapat 493 titik penerima ransangan pada anggota wuduk!





Subhanallah!! Bayangkan jika kita melakukan itu setiap hari paling sedikit 5 kali sehari…

Kita tidak harus memandang ringan semasa menjalani wuduk. Mengapa? Cuba ingat semasa kita membasuh tapak kaki & tangan…apakah celah-celah jari sering kita abaikan? Ternyata ada fakta menarik yang ingin saya kongsikan:

Dari ilmu ahli akupuntur,pada celah-celah jari terdapat 16 titik akupunktur yang mana titik-titik tersebut apabila dirangsang secara istmewa ianya dapat mengubati migrain, sakit gigi, tangan-lengan merah, bengkak, dan jari kaku.

Berkenaan telinga pula, walaupun ia adalah amalan sunat, ia mengandungi 30 titik ransangan! Maka, semasa menyapu telinga itu jangan cuma membasuh saja, tapi harus dengan urutan lembut juga. Selepas ini sebaiknya kita tidak meninggalkan amalan sunat semasa berwuduk kerana setiapnya mempunyai titik penerima ransangan.

Terdapat 125 titik akupuntur pada telinga apabila disentuh semasa mengambil wuduk.

Subhanallah…sungguh luar biasa rahsia wuduk… 



HIKMAH BERWUDUK DARI SUDUT SAINS

Sesungguhnya setiap syariat yang difardukan ALLAH kepada manusia mempunyai rahsia yang tersendiri. ALLAH mewajibkan umat Islam berwuduk sebelum melakukan solat, malah umat Islam disunatkan berwuduk dalam banyak keadaan lain seperti ketika ingin membaca Al-Quran, tidur, mandi wajib dan sebagainya.

Mengapakah wuduk begitu dititikberatkan di dalam Islam?? Apakah rahsia yang tersirat di sebalik perlakuan berwuduk?

Mari kita menyingkap hikmah berwuduk dari teropong sains dan kesihatan.


Dr. Magomed Magomedov dari Department of Man's Hygiene and Ecology di Akademi Perubatan Daghestan State telah menulis satu artikel yang bertajuk "Muslims Rituals and their effect on the person's health" (Ibadah Muslim dan kesannya ke atas kesihatan seseorang). Di dalam artikel tersebut, beliau menyatakan bahawa berwuduk dapat merangsang pusingan biologi manusia dengan cara merangsang kawasan-kawasan tertentu yang dikenali sebagai Kawasan Aktif Biologi atau Biological Active Spots. Menurut beliau, bangsa Cina banyak mengkaji tentang ilmu sains refleksologi dan mereka meyakini jika Kawasan Aktif Biologi dirangsang ia akan merangsang sistem saraf di dalam badan sekaligus memberi kesan yang positif terhadap kesihatan seseorang.

Mengikut ilmu perubatan Cina, badan manusia mempunyai lebih kurang 700 Kawasan Aktif Biologi dan 66 daripadanya memberi kesan positif yang segera sekiranya dirangsang. Apa yang menakjubkan ialah 61 daripada 66 kawasan tersebut berada di kawasan wuduk utama orang Islam. Lima lagi berada di kawasan di antara buku lali dan lutut iaitu kawasan yang disunatkan berwuduk. Berhubung dengan kawasan yang khusus (antara buku lali dan lutut) ini, Muslim meriwayatkan sabda Nabi yang bermaksud: "Sesiapa yang mampu di antara kamu maka hendaklah dia memanjangkan ghurrah dan tahjeelnya."

Ghurrah bermaksud membasuh muka melebihi kawasan muka yang biasa dan tahjeel pula bermaksud membasuh tangan melebihi siku dan membasuh kaki melebihi kawasan buku lali iaitu di antara buku lali dan lutut. Tafsiran ini disebut di dalam Bustanul Akhbar Mukhtasar Nailul Authar terjemahan A.Qadir Hassan, Mu'ammal Hamidy, Drs. Imron Am dan Umar Fanany B.A. (Pustaka Ilmu, Surabaya).

Selain daripada ibadah, wuduk juga mengandungi penawar yang mampu mencegah pelbagai penyakit. Dr. Magomed Magomedov menyatakan bahawa apabila seseorang menyentuh mukanya semasa berwuduk, ia akan merangsang saraf bagi memberi kekuatan baru (recharge) kepada organ-organ seperti usus, perut, pundi kencing dan sistem peranakan serta saraf. Apabila kawasan kaki kanan dibasuh dan digosok, ia merangsang sistem saraf bagi mengelokkan sistem tulang, usus, pankreas, hempedu, tiroid (thyroid) dan kawasan pinggang (lumbar area). Apabila kawasan kaki kiri dibasuh dan digosok, saraf berperanan untuk mengelokkan kelenjar pituitary dan kawasan otak yang mengawal sistem endokrin.

Di samping itu, Mukhtar Salem menyatakan di dalam bukunya yang bertajuk: "Prayers: A Sport for The Soul and Body" bahawa berwuduk boleh mencegah seseorang daripada mendapat kanser. Hal ini adalah kerana mengikut kajian semasa, salah satu punca kanser ialah bahan kimia yang melekat pada kulit badan seseorang kesan daripada pencemaran yang berlaku pada hari ini. Oleh sebab itu, pembasuhan badan melalui wuduk dapat membersihkan badan daripada kesan pencemaran tersebut.

Benarlah ALLAH itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. DIA Maha Tahu apa yang terbaik untuk hamba-NYA....


Sumber : Dari Email

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58


Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah
tersebut
"SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM"diulang sebanyak 7 kali
untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha
Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.
Jika boleh niatkan sebegini:


1) YA-ALLAH YA-RAHIM,
ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN,
kurniakan aku isteri,suami, anak-anak yang soleh
dan mencintai islam

3) YA-ALLAH YA-RAZZAK,
kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik
dan berjaya didunia dan akhirat.

4) YA-ALLAH YA-JABBAR,
makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku
dapat ini

5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR,
jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq
dan miskin

6) YA-ALLAH YA-WADUUD,
kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang
beriman kesihatan zahir batin

7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM,
makbulkanlah semua hajatku, dan
redhaikanlah aku.....


AMINnnnn.


6 Perkara Allah sembunyikan

6 PERKARA ALLAH SEMBUNYIKAN  

·                 SETELAH ALLAH SWT SELESAI MENCIPTAKAN  JIBRAIL AS DENGAN BENTUK YANG CANTIK, DAN ALLAH MENCIPTAKAN PULA BAGINYA 600 SAYAP YANG PANJANG , SAYAP ITU ANTARA TIMUR DAN BARAT ( ADA PENDAPAT LAIN MENYATAKAN 124, 000 SAYAP). SETELAH ITU JIBRAIL AS MEMANDANG DIRINYA SENDIRI DAN BERKATA :
"WAHAI TUHANKU,

·                 ADAKAH ENGKAU MENCIPTAKAN MAKHLUK YANG LEBIH BAIK DARIPADA AKU?."
·                 LALU ALLAH SWT BERFIRMAN YANG BERMAKSUD.. "TIDAK"
·                 KEMUDIAN JIBRAIL A..S. BERDIRI SERTA SOLAT DUA RAKAAT KERANA SYUKUR KEPADA ALLAH SWT. DAN TIAP-TIAP RAKAAT ITU LAMANYA 20,000 TAHUN. SETELAH SELESAI JIBRAIL AS SOLAT,
·                 MAKA ALLAH SWT BERFIRMAN YANG BERMAKSUD.
" WAHAI JIBRAIL, KAMU TELAH MENYEMBAH AKU DENGAN IBADAH YANG BERSUNGGUH-SUNGGUH, DAN TIDAK ADA SEORANG PUN YANG MENYEMBAH KEPADAKU SEPERTI IBADAT KAMU, AKAN TETAPI DI AKHIR ZAMAN NANTI AKAN DATANG SEORANG NABI YANG MULIA YANG PALING AKU CINTAI, NAMANYA MUHAMMAD.' DIA MEMPUNYAI UMAT YANG LEMAH DAN SENTIASA BERDOSA, SEKIRANYA MEREKA ITU MENGERJAKAN SOLAT DUA RAKAAT YANG HANYA SEBENTAR SAHAJA, DAN MEREKA DALAM KEADAAN LUPA SERTA SERBA KURANG, FIKIRAN MEREKA MELAYANG BERMACAM-MACAM DAN DOSA MEREKA PUN BESAR JUGA. MAKA DEMI KEMULIAANNKU DAN KETINGGIANKU, SESUNGGUHNYA SOLAT MEREKA ITU AKU LEBIH SUKAI DARI SOLATMU
ITU. KERANA MEREKA MENGERJAKAN SOLAT ATAS PERINTAHKU, SEDANGKAN KAMU MENGERJAKAN SOLAT BUKAN ATAS PERINTAHKU."

·                 KEMUDIAN JIBRAIL A.S. BERKATA:
"YA TUHANKU, APAKAH YANG ENGKAU HADIAHKAN KEPADA MEREKA SEBAGAI IMBALAN IBADAT MEREKA?"
·                 LALU ALLAH BERFIRMAN YANG BERMAKSUD.
 "YA JIBRAIL, AKAN AKU BERIKAN SYURGA MA'WAA SEBAGAI TEMPAT TINGGAL..."
·                 KEMUDIAN JIBRAIL AS MEMINTA IZIN KEPADA ALLAH UNTUK MELIHAT SYURGA MA'WAA. SETELAH JIBRAIL AS MENDAPAT IZIN DARI ALLAH SWT MAKA PERGILAH JIBRAIL AS DENGAN MENGEMBANGKAN SAYAPNYA DAN TERBANG, SETIAP DIA MENGEMBANGKAN DUA SAYAPNYA DIA BOLEH MENEMPUH JARAK PERJALANAN 3000 TAHUN, TERBANGLAH MALAIKAT JIBRAIL AS SELAMA 300 TAHUN SEHINGGA IA MERASA LETIH DAN LEMAH DAN AKHIRNYA DIA TURUN SINGGAH BERTEDUH DI BAWAH BAYANGAN SEBUAH POHON DAN DIA SUJUD.
·                 KEPADA ALLAH SWT LALU IA BERKATA DALAM SUJUD :
·                 "YA TUHANKU APAKAH SUDAH AKU MENEMPUH JARAK PERJALANAN SETENGAHNYA, ATAU SEPERTIGANYA, ATAU SEPEREMPATNYA?"
·                 KEMUDIAN ALLAH SWT BERFIRMAN YANG BERMAKSUD.
"WAHAI JIBRAIL, KALAU KAMU DAPAT TERBANG SELAMA 3000 TAHUN DAN MESKIPUN AKU MEMBERIKAN KEKUATAN KEPADAMU SEPERTI KEKUATAN YANG ENGKAU MILIKI, LALU KAMU TERBANG SEPERTI YANG TELAH KAMU LAKUKAN, NESCAYA KAMU TIDAK AKAN SAMPAI KEPADA SEPERSEPULUH
DARI BEBERAPA PERPULUHAN YANG TELAH KUBERIKAN KEPADA UMAT MUHAMMAD TERHADAP IMBALAN SOLAT DUA RAKAAT YANG MEREKA KERJAKAN..... ."

MARILAH SAMA2 KITA FIKIRKAN DAN BERUSAHA LAKUKAN... SESUNGGUHNYA ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN ENAM PERKARA IAITU :
·                 ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN REDHA-NYA DALAM TAAT.
·                  ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN MURKA-NYA DI DALAM MAKSIAT.
·                  ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN NAMA-NYA YANG MAHA  AGUNG DI DALAM AL-QURAN.
·                  ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN LAILATUL QADAR DI DALAM BULAN RAMADHAN.
·                  ALLAH S..W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN SOLAT YANG PALING UTAMA DI DALAM SOLAT (YANG LIMA WAKTU).
·                  ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN (TARIKH TERJADINYA) HARI KIAMAT DI DALAM SEMUA HARI.
SEMOGA KITA MENDAPAT BERKAT DARIPADA ILMU INI. WALLAHUALAM
KALAU RAJIN... TOLONG SEBARKAN CERITA INI KEPADA SAUDARA MUSLIM MUSLIMAT YANG LAIN AGAR MENJADI RENUNGAN DAN PELAJARAN KEPADA KITA SEMUA. ILMU YANG BERMANFAAT IALAH SALAH SATU AMAL YANG BERKEKALAN BAGI ORANG YANG MENGAJARNYA MESKIPUN DIA SUDAH MENINGGAL DUNIA...

 
 Sumber : Dari Email

Lebih buruk dari Babi

ung-renungkanlah........
Assalamualaikum,

Untuk renungan kita bersama... Insyallah.

Dari manu script lama yang tercatat di atas kulit kambing yang dijumpai
berkurun masihi di sebuah negara "middle east". orang yang menulis
tidak dapat dikesan. Ini adalah sesuatu yang harus direnung dan difikirkan
bersama bukan setakat baca dan lupakan, harap kita semua dapat
mengelakkan diri kita terjatuh dalam golonggan seperti dalam manusript
dibawah.  Amin


Seorang nasrani berkata, " saya amat bersyukur kepada Allah walaupun saya
dilahirkan dalam bangsa nasrani. Ini kerana saya lebih mulia dari bangsa Majusi.

Seorang majusi pula berkata, "saya juga berasa amat bersyukur kepada
Allah walaupun saya dilahirkan dalam bangsa Majusi. Ini kerana saya lebih
mulia dari orang kafir.

Cuba kita meneliti dua perbualan diatas, kita dapati, kedua-dua kafir tidak

mengaku mereka kafir dan mereka saling bandingkan dengan orang
kafir... cuba kita lihat pula apa orang kafir kata...

Seorang kafir pula berkata, "saya juga rasa bersyukur kepada Allah
walaupun saya dilahirkan kafir. Ini kerana kafir lebih mulia dari dilahirkan

sebagai anjing.

Anjing pula berkata, " saya juga bersyukur kepada Allah walaupun
saya dilahirkan sebagai anjing. Ini kerana anjing lebih mulia dari
dilahirkan sebagai babi.

Mari kita teka apakah kesudahan perbualan ini, dan cuba kita teka
apakah yang babi akan kata dan siapakah yang babi akan bandingkan
dengan dia...

Babi pula berkata, "saya juga bersyukur kepada Allah walaupun saya
dilahirkan sebagai seekor babi. Ini kerana saya lebih mulia dari
manusia yang tidak solat".

Ini adalah sebuah manuscript yang memberi kesedaran kepada umat
Islam yang masih tidur dan juga umat yang selalu membandingkan diri
mereka dengan insan yang lebih buruk dan lemah dari mereka. Jika ini
berterusan, umat Islam tidak akan maju. Tercatat didalam Al-Quran,
bahawa umat islam yang meninggalkan solatnya akan menjadi semakin

banyak dan lumrah pada akhir zaman... adakah ini akan berlaku atau
sedang berlaku atau telah berlaku?

Sesungguhnya mati itu adalah benar, azab neraka itu adalah benar
dan syurga itu adalah benar...

Maha suci ALLAH.

p/s :- tolong fowardkan kepada semua umat islam di keliling anda.
Wassalam.

Sumber : Dari Email

Fadhilat BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM ......adalah sangat singkat namun kadangkala  
sangat sulit untuk di ucapkan. Dalam hadis Rasullullah dikatakan:
 

Barang siapa yang membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM sebanyak 21 kali
 
sebelum tidur maka:
 

1. Dia akan dihindari dari meninggal dalam keadaan terkejut/mendadak.
 
2. Dia akan dihindari dari meninggal/bahaya tenggelam.
 
3. Dia akan dihindari dan dilindungi dari bahaya kebakaran.
 
4. Dia akan dihindari dan dilindungi dari bahaya rompakan..
 

Alkisah ada seorang Isteri yang selalu membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM
 
setiap kali melakukan sesuatu, dalam membuka, menutup dan mengunci
 
pintu/almari, menaruh dan mengambil barang/sesuatu, membuka dan memakai
 
pakaian, masuk dan keluar rumah, naik dan turun dari kenderaan, dll.
 
Pokoknya selalu membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM pada saat akan melakukan
 
sebarang aktiviti.
 

Sehingga dengan kebiasaannya tersebut sang suami merasa kesal dan akhirnya
 
terlintas dibenaknya untuk menguji sang isterinya tersebut. Lalu suatu
 
ketika sang suami memberikan emas kepada isterinya dan mengatakan: "Wahai
 
isteriku, ini aku amanahkan emas kepadamu. Simpanlah baik-baik."
 

Lalu sang isteripun menerimanya dengan mengucapkan
 
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dan membuka almari dengan mengucapkan
 
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dan menaruh emas tersebut dengan mengucapkan
 
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dan menutup/mengunci almari dengan mengucapkan
 
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM.
 

Setelah beberapa hari dan kebetulan si isteri tidak ada di rumah, maka sang
 
suami mengambil emas tersebut dari dalam almari dan membuangnya ke laut.
 
Lalu ia kembali ke rumah dan ketika isterinya pulang dia pun meminta kepada
 
isterinya untuk mengambilkan emas yang diamanahkan beberapa waktu lalu.
 

Lalu sang isteri pun masuk ke kamar dan dengan mengucapkan
 
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dia pun membuka pintu almari tempat ia menyimpan
 
emas tersebut. Lalu mengambil emas yang saat itu dalam keadaan basah (air
 
laut) lalu menyerahkannya kepada suaminya.
 

Melihat emas tersebut basah sang isteri pun menjadi bingung dan bertanya
 
kepada suaminya, lalu sang suami pun bersujud dan beristighfar dan setelah
 
itu menceritakan kejadian yang sebenarnya bahawa dia (suami) telah membuang
 
emas tersebut ke laut tanpa pengetahuan sang isteri dengan tujuan untuk
 
mengetahui manfaat dari BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM.
 

Dari cerita diatas maka kita dapat melihat kesaktian dari kalimat
 
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM selain dari itu masih banyak lagi manfaatnya
 
iaitu:
 

Kita disarankan untuk membaca BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM ketika kita akan
 
mengambil dan menaruh pakaian di gantungan, baik yang pakaian baru maupun
 
yang baru kita gunakan. Tujuannya adalah agar pakaian tersebut tidak
 
digunakan oleh makhluk lain (gol. Jin), ini dapat kita lihat apabila kita
 
menaruh pakaian maka ketika kita gunakan kadang terasa gatal dan tidak
 
nyaman.. Memang kita biasa mengatakan bahawa itu adalah pengaruh lembab
 
ataupun sebagainya namun pada dasarnya pakaian tersebut telah digunakan
 
oleh makhluk lain dengan cara mereka.
 

Keutamaan kalimat BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM adalah lebih untuk kaum wanita
 
(pria juga) karena banyak juga dari golongan wanita yang tanpa disedari
 
olehnya sendiri (wanita tersebut) bahawa dia telah melakukan hubungan
 
fizikal dengan golongan jin. Mungkin terdengar tidak masuk akal namun ini
 
benar adanya. Oleh kerana itu kepada kaum wanita mulailah membiasakan diri
 
untuk membacanya.
 

Demikian sedikit penjelasan dan cerita mengenai keuntungan yang dapat kita
 
peroleh dari mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dalam melakukan aktiviti
 
kita sehari-hari, semoga setelah membaca ini kita semua mulai dapat
 
membiasakan diri untuk mengucapkan BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM dalam
 
melakukan aktiviti kita sehari-hari. 
 


Sumber : Dari Email