Setiap manusia yang baru dilahirkan berada dalam keadaan MAK SUM yang
bebas dari sebarang dosa. Pabila kita telah mencapai umur aqal baligh
barulah Allah swt perintahkan setiap amal kebajikan dan perbuatan
kejahatan kita ditulis dalam buku amalan kita oleh malaikat Raqib dan
Atiq.
Di bawah ini izinkan saya perturunkan petikan dari satu artikel yang
sangat baik untuk kita baca dan ambil ikhtibar oleh kita semua.
Petikan
ini tidak saya tujukan kepada sesiapa samada hidup atau pun yang
telah
mati. Cuma untuk kita berkongsi ilmu Allah swt yang maha luas.
9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA
Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :
1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di
dalam
diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati
tentunya
tidak tenang.
2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada.
Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam
hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau
tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah
kena
sakit jantung.
3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana
ia
memiliki sifat ketuhanan.
4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta,
kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih
mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok
dikongsi
bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah
tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq,
pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana
kadangkala
rezeki itu Allah beri melalui maknusia
5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan
puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air
laut...walau
berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak
selalu
rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia
dipakai
atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu
belum
boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ)
Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat
dimanfaatkan.
6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar
apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah
bersabar
bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue
walau
keja bertimbun atas meja..heh..heh..)
7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling
tidak
tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari su dut
zahir
mahupun batin.
8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk
dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia
akan
menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya.
-Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..
9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana
bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa
tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma
bawa
amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka
dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan
rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan
su
paya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya
disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah
MAZMUMMAH.
Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada
bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap
menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan
akan
bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati
antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh
padahnya.
Wallahualam"
No comments:
Post a Comment