Pada satu zaman dahulu kala, ada 3 orang sahabat baik. Mereka selalu
berkepit kemana saja. Tapi ketiga tiga
mereka mempunyai kegemaran berlainan. Si A suka main segala jenis
perempuan, si B pula suka minum segala
jenis arak dan manakala si C pula suka segala jenis rokok dan benda
benda
yang berasap.
Satu hari ketiga tiga sahabat ini berjalan jalan ditengah tengah padang
pasir. Tiba tiba ketiga tiga mereka
terjumpa dengan sebuah cerek (macam cerita Aladdin). Lalu salah seorang
mengutip nya lalu menggosok
gosok cerek tersebut. Tak semena mena keluar asap berkepul kepul dari
corong cerek tersebut dan asap
tersebut perlahan bertukar menjadi satu makluk yang menggerunkan ia itu
seekor Jin yang ganas.
Lalu jin tersebut ketawa dan berkata "Ha ha ha ha, Aku lah jin aferit.
Oleh kerana kamu telah membebaskan
aku dari cerek itu maka aku akan tunaikan apa saja permintaan setiap
satu
dari kamu." Tiga sahabat yang pada
mulanya panik dan takut menjadi gembira lalu termenung berfikirkan
peluang
dan kemahuan masing masing
yang mungkin sekali seumur hidup. Lalu tiap tiap mereka memilih
kemahuan
mengikut kegemaran
masing masing.
Berkata si A, "Aku mahu seberapa ramai perempuan muda dari berbagai
bangsa
dari seluruh dunia dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan
ganggu aku selama 10 tahun" . Puffff dengan sekelip mata Jin itu
menyempurnakan permintaan si A.
Berkata si B "Aku mahu semua jenis arak dari seluruh dunia untuk
bekalan
selama sepuluh tahun dan letakkan
dalam sebuah gua tertutup dan jangan ganggu aku selama 10 tahun" .
Puffff
dengan sekelip mata Jin itu
menyempurnakan permintaan si B.
Berkata pula si C "Aku mahu semua jenis rokok dari seluruh dunia untuk
bekalan selama sepuluh tahun dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan
jangan ganggu aku selama 10 tahun" . Puffff dengan sekelip mata Jin itu
menyempurnakan permintaan si C.
Setelah genap 10 tahun, maka Jin tersebut muncul kembali untuk membuka
pintu gua masing seperti mana
yang di janjikan. Maka jin tersebut pergi membuka pintu gua si A, bila
terbuka saja maka keluarlah si A
dengan keadaan kurus melidi, berdiri pun tak boleh kerana tak larat nak
gerak lutut sebab hari hari main.
Tiba tiba si A pun jatuh ketanah lalu mati.
Selepas itu Jin tersebut pergi ke gua si B, sebaik sahaja pintu dibuka,
maka keluar si B dengan perut yang
tersangat buncit kerana hari hari mabuk. Jalan pun terhuyung hayang.
Tiba
tiba si B pun jatuh ketanah lalu
mati.
Maka Jin pergi ke gua si C dan membuka pintu gua. Tiba tiba si C keluar
dengan keadaan sihat seperti sedia
kala dan terus menampar si Jin sambil memaki hamun si Jin dengan
berkata..............
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
"BODOH PUNYA JIN, CELAKA PUNYA JIN, BARUA PUNYA JIN.
BAGI AKU ROKOK TAK BAGI API."
10 tahun aku tunggu tak buat apa apa
Sumber : Dari email
No comments:
Post a Comment