Wednesday 15 February 2012

Amalan seharian

1) BISMILLAH (Dengan Nama Allah)
Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya
terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin,
daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut. Dan barang
siapa membaca sebanyak 50 kali diahadapan orang yang zalim, hinalah dan
masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan
kepada pembaca.


(2) SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan)
Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya,
nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya
dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barang siapa membaca 20 kali
sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezkinya dilapangkan oleh
Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya.


(3) AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)
Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya
terpelihara dari tipudaya dan ganguan syaitan. Dengan>membacanya, seorang
yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya
akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman. Barangsiapa
sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli
rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya.

Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah Akan meninggikan
darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat
menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke
hari Qiamat. Dan tersebut dalam hadith yang lain :
Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka
pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan kota nur menurut
bilangan rambut dibadannya. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam
itu, ia dikira mati syahid. Hadith yang lain mengatakan: Barangsiapa
membacanya selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari
kekerasan malakul-maut, dan Allah sendiri yang mencabut rohnya, dan dia
akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya
hingga ia gugur mati Syahid.

Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: Barangsiapa membaca sekali, nescaya
Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali
ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran
ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.


(4) SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina)
Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanarrasulu) sebelum
tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.


(5) SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran)
Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, Nescaya ia akan
mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.


(6) SURAH AN-NISSA' (Perempuan)
Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan
terselamat dari kejahatan para penjahat.


(7) SURAH AL-MAIDAH (Hidangan)
Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang mungkin
selama 3 hari berturut -turut, insya Allah akan terselamat dari was-was
semasa wudhu dan sembahyang. Barang siapa membaca ayat 89 hingga ayat
101dari surah ini, keatas air lalu diberi minum kepada orang yang bercakap
dusta, nescaya ia tidak akan bercakap dusta lagi.


(8) SURAH AL-AN'AM (Binatang Ternak)
Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari segala
bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini,dibaca oleh penumpang
kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam.


(9) SURAH AL-A'RAAF (Benteng Tinggi)
Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang
fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala
dosanya. Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan terpelihara
dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah.


(10) SURAH AL- ANFAL (Rampasan)
Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan di
cintai dan dihormati oleh sekalian manusia.


(11) SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus perhubungan)
Barangsiapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan akan
mencapai hakikat iman. Barang siapa membaca ayat 111 dari surah ini,
dikedai atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju
perniagaannya itu.


(12) SURAH YUNUS (Yunus)
Barangsiapa membaca ayat 31dari surah ini, ke atas Perempuan yang hamil,
nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat.
Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari
mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.


(13) SURAH AL-HUD (Hud)
Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan Kehebatan serta
ketenangan dan ketenteraman jiwa. Barang siapa membaca ayat 56 dari surah
ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia
yang jahat dan binatang yang liar. Barang siapa membaca ayat112 dari surah
ini, sebanyak 11 Kali selepas tiap-tiap sembahyang, nescaya akan mencapai
ketetapan hati.


(14) SURAH YUSUF (Yusuf)
Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan
kepadanya. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar
dari kepahitan dan kesukaran hidup.Barang siapa membac
ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesalehan kepada
anak-anaknya.


(15) SURAH AR-RA'D (Petir)
Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari petir.
Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya Penyakit jantungnya
akan sembuh.


(16) SURAH IBRAHIM (Ibrahim)
Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya
anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah.


(17) SURAH AL-IIIJ'R (Batu Gunung)
Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan
yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan
terselamat, dari gugurnya.


(18) SURAH BANI ISRAIL (anak-anak Israil)
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang
bercakap gagap insya Allah akan hilang gagapnya itu. Barang siapa membaca
ayat 80 dari surah ini, ketika ia pulang dari perjalanan, nescaya dia akan
dimuliakan dan dihormati oleh orang-orang yang setempat dengannya.


(19) SURAH AL-KAHF (Gua)
Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan.
Barang siapa membacanya pada malam Jumaat, nescaya dia akan mendapat rezeki
yang murah.


(20) SURAH MARYAM (Maryam)
Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di
akhirat.


(21) SURAH THAAHAA (Hai Manusia)
Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu
pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya.
Barang siapa membaca ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap-tiap
hari selepas sembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas dan akalnya akan
sempurna.


(22) SURAH AL ANBIYA (Nabi-Nabi)
Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapat
sebesar-besar pangkat di sisi Allah s.w.t .


(23) SURAH AL-HAJ (Haji)
Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.


(24) SURAH AL-MU'MINUN (Orang-orang Mukmin)
Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang
selalu minum minuman  keras,nescaya dia tidak akan meminumnya lagi. Barang
siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akan terselamat
daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian dan serangan
musuh.


(25) SURAH AN-NUUR (Cahaya)
Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang
buruk. Barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini, pada hari Jumaat
sebelum sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang
ramai.


(26) SURAH AL-FURQAN (Pembaca)
Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih, lalu air
itu dipercikkan di dalam rumah, nescaya rumah itu akan terselamat dari
gangguan binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa.


(27) SURAH ASY-SYU A'RA (Ahli-ahli Syair)
Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan
senafas ke atas orang-orang yang digigit oleh binatang-binatang yang
berbisa nescaya akan hilang bisa-bisa itu.


(28) SURAH AN-NAML (Semut)
Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya.

(
29) SURAH AL-QA-SHASH (Cerita)
Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya Mereka tidak
akan mencuri dan mengkhianat. Barang siapa membaca ayat-ayat 51 hingga 55
dari surah ini, Nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan
sempurna dan budi pekertinya akan halus.


(30) SURAH AL-ANKABUT (Labah-labah)
Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh. Barang siapa
membacanya, nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah.

(
31) SURAH AR-RUM (Rum)
Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yang hendak
menzaliminya.


(32) SURAH LUQMAN (Luqman)
Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala
penyakit terutama dari  penyakit-penyakit perut. Barang siapa membaca ayat
31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.


(33) SURAH AS-SAJ DAH (Sujud)
Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas
kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala
penyakit ruhani dan jasmani.


(34) SURAH AL-AHZAB (Golongan-golongan)
Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya ia akan
mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati. Dan barang siapa membaca
ayat-ayat 60 hingga 66 dari surah ini, nescaya Allah akan
membinasakan musuh-musuhnya.


(35) SURAH SABA' (Saba')
Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala-gala bala bencana,
terutamanya dari rosaknya tanam-tanaman.


(36) SURAH FAATHIR (Pencipta)
Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah Akan memberkati
perniagaannya.


(37) SURAH YAASIIN (Hai Manusia)
Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda : "Tiap-tiap sesuatu Mempunyai hati dan
hati Al-Quran ialah surah Yaasiin." Yaasiin kerana Allah, nescaya akan
terampun segala-gala dosanya kecuali dosa syirik.." Dalam satu hadith yang
lain Baginda s.a.w bersabda: "Hendaklah kamu membaca surah Yaasiin ke atas
pesakit-pesakitmu yang menghadapi sakaratul-maut, nescaya Allah s.w.t akan
meringankan kekerasan sakaratul-maut itu."Dalam satu hadith yang lain pula
Baginda s.a.w bersabda: "Aku ingin benar, agar surah Yaasiin ini dihafaz
oleh tiap-tiap umatku."
Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala hajat
dan cita-citanya.
Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat, Lalu berdoa
istghfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu bapanya akan
diampunkan oleh Tuhan.
Barang siapa membaca sekali ketika membuka kedai atau perniagaan, nescaya
akan maju perniagaannya itu.
Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andaikata ia mati pada
malam itu, mesti ia mati syahid.
Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap sembahyang Jumaat, nescaya
ia akan diselamatkan dari seksa kubur. Jika dibacanya oleh seorang askar,
ketika ia hendak turun kemedan peperangan, Allah akan
mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan, serta naiklah ketakutan
pada musuh-musuhnya. Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat surah Yaasiin ini
banyak benar didapati di dalam kitab-kitab hadith
tetapi cukuplah setakat ini untuk diamal oleh anda sekalian.


(38) SURAH ASH-SHAAFFAAT (Yang Berbaris)
Barang siapa membacanya, insya Allah in akan terpelihara daripada gangguan
jin.


(39) SURAH SHAAD (Shaad)
Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat kebahagian
sejati. Insyallah rakan- rakan semua akan mendapat
Sumber : Dari Email

No comments: