Wednesday 15 February 2012

Cara Cepat & Mudah Menghafal- Surah Yaasiin

Asssalamu'alaikum Muslim & Muslimat,

Terdapat pelbagai kaedah Cara Mudah & Cepat Hafaz Surah Yaa Siin. Di sini dikongsi salah satu cara yang disyorkan untuk amalan semua.

Sesungguhnya tiada jalan pintas untuk mendapatkan sesuatu.
Kaedah ini hanya menyediakan "alat" untuk memudahkan proses hafazan, namun pendekatan ini hanya boleh berjaya melalui keazaman yang  tinggi serta usaha berterusan yang dibuat untuk menghafaz keseluruhan Surah Yaa Siin. Selamat Mencuba!!

Cara-cara yang disyorkan
-------------------------------------
  • Niat dalam hati disamping memohon bantuan Allah agar dipermudahkan proses hafazan.
  •  Cetak fail pdf yang dilampirkan. .
       Ada 4 helai kertas yang memuatkan keseluruhan Surah Yaa Siin.
  • Mulakan dengan kertas yang pertama. Usahakan untuk menghafaz sehingga lancar.
  •  Kertas bercetak tersebut boleh dilipat kecil untuk dibawa kemana-mana kecuali ke dalam tandas.
  • Buat bayangan mental berkenaan kedudukan ayat pada lipatan kertas agar dapat membantu minda untuk mengecam dan sekaligus menghafaz.
  • Teliti corak susunan tertentu pada ayat tersebut, contohnya ada dua kali ayat bermula dengan huruf qaf  sebelum bertukar dengan huruf wau dan kemudian kembali dengan dua kali ayat bermula huruf qaf. Kaedah penandaan sebegini mampu memudahkan proses hafazan.
  • Tetapkan matlamat mengenai bilangan ayat yang ingin dihafaz dalam sehari dan raikan dengan ucapan penuh kesyukuran jika berjaya dicapai.
  • Warnakan dengan pen highlighter kawasan yang bertajwid, seperti bacaan yang panjang dan dengung.
  • Setelah kertas pertama berjaya diingat dengan sempurna, teruskan dengan kertas yang berikutnya.
  • Adalah lebih baik, jika makna surah dapat dihafaz bersama.


Insyallah dengan niat bersungguh-sungguh dan ikhlas  kerana Allah dapatlah kita menghafal surah Yaasin. Sebarkan maklumat ini kepada semua.

Sumber : Dari Email

3 comments:

Obat Mata Herbal said...

menghafal yasin sangat bagus cz kita bisa membaca semua isi al-qur'an..

Anonymous said...

Terima kasih.. :D

Zizan Tin (Teen Zizan) said...

mana attachmentnya?