Wednesday 8 February 2012

Petua hilang ngantuk ketika memandu

Semua orang, apabila memandu kereta terutama untuk perjalanan jauh spt balik kampung berhariraya, travelling kerana tugas rasmi dsbnya, akan merasa mengantuk yg teramat sangat ketika memandu. Hal ini boleh mengundang padah kerana hanya sedetik shj anda terlelap ketika memandu, kemungkinan untuk anda ditimpa kemalangan adalah 99% kerana ketika terlelap itu, otak anda tidak lagi berfungsi dan sedar, mata tertutup dan anggota tangan dan kaki tidak lagi dpt mengawal kenderaan yg dipandu. Berdasarkan pengalaman saya, sepotong ayat Al Q uran di dalam Ayat Q ursi boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan rasa mengantuk ini. Potongan ayat tersebut berbunyi...

"LA TAKKHUDZUHU SINATUW WALA NAUM..."


(maknanya: [DIA - ALLAH] TIDAK MENGANTUK DAN TIDAK TIDUR")


Selain itu, amalan mustajab untuk mengelak berlakunya kemalangan adalah dengan membaca Ayat Q ursi 3x sebelum memasukkan gear pertama mahu memulakan perjalanan anda ditambah dengan ayat


"BISMILLAHIL LADZI LA YADHURUHU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDHI WALA FISSAMAA' WAHUWASSAMIUN 'ALIIMM" 3X. 

(Maknanya: Dengan nama Allah, yang dengan namanya akan terhalanglah, segala sesuatu di bumi dan di langit, untuk menimpakan bencana dan ia maha mendengar dan megetahui.(elok juga di amalkan sebelum keluar dari rumah byk kelebihannya...  
 
SEBARKAN KPD RAKAN2 ANDA UNTUK MANAFAAT BERSAMA.

Sumber:Dari Email

No comments: