Monday 13 February 2012

Mandi Wiladah

Salam... sebarkan.. maybe ramai yg x tahu.. Moga ILMU ini dimanfaatkan
bersama...........Insya- ALLLAH..

Memang betul kenyataan tentang "Mandi Wiladah" itu..... kami telah
bertanyakan hal ini kepada ustazah kita orang last month. MasyaALLAH ,
betapalah jahilnya kita ini.... tapi according to Ustazah ini , kita memang
kena niat dlm hati mandi wajib itu adalah Mandi Wiladah dan tidak boleh kira
overall saja.

Sapa-sapa yg lepas bersalin dan belum lagi mengangkat Mandi Wiladah ini maka
segala solat & puasanya selama ini tidak akan diterima oleh
ALLAH...Nahuzubilla h'minzaliq. ..Wallahua' lam

Oleh itu kita kenalah meminta ampun dari ALLAH S.W.T kerana tidak mengetahui
akan perkara ini , kerana sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun Lagi Maha
Mengetahui. Utk pengetahuan semua, perkara ini telah diajukan oleh saudari
kita Ernie Shamsudin semasa sessi mengaji Quran tempoh hari dan disaksikan
oleh saya & juga Anisah Ghazi....

Wajib atas kita untuk memberitahu saudara-saudari kita yg langsung tidak
tahu akan hal ini.....

Perkara penting yang most women ignored...to tell you the truth..I've talked
to several ladies...and kebanyakkannya semua tak tahu yang there exists
mandi after bersalin nie...bukan mandi after darah nifas kering tapi mandi
after bersalin..a separate hadas besar...reason being sekiranya ajal
menjemput sebelum darah nifas kita kering, kita sudah berada di dalam
keadaan bersuci...

Sewaktu dalam sembang-sembang kecil saya merasa agak terperanjat apabila ada
diantara ibu-ibu yang mengatakan mereka tak tahu yang mereka wajib mandi
hadas selepas melahirkan anak. Ini kerana ada yang confuse, mereka ingat
mandi hadas hanya selepas darah nifas habis. Para bapa langsung la sebab
mereka kata, bukan mereka yang beranak... MasyaAllah. Kan ke tugas
suami tu membimbing isteri..ini perkara Feqah yang wajib diketahui oleh
semua orang.

Ada lagi yang kata sebab masa berpantang tak boleh basah rambut, takut masuk
angin.

Saya terfikir balik, selama ini saya take for granted dan assume semua orang
tahu. kadang-kadang timbul rasa bersalah kerana tidak ambil inisiatif untuk
mengingatkan para bapa/ bakal bapa dan para ibu/bakal ibu. Jadi di sini saya
nak ambil kesempatan supaya kita ingat mengingati dan kebetulan ramai juga
para netters yang sedang menanti kelahiran cahaya mata.

Perkara Wajib mandi hadas besar;

Bagi lelaki 2 perkara:
1. keluar air mani
2. berjimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi. Tak keluar
mani pun kena mandi juga.

Bagi perempuan:
1, Haid
2. Wiladah (melahirkan anak)
3. Nifas
4. Bermijimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi.

Rasanya setakat mandi selepas haid dan berjimak tu semua orang tahu. Yang
selalu wanita confuse (apatah lagi lelaki) ialah berkaitan dengan kelahiran.
Selepas melahirkan anak setiap wanita ISLAM kena mandi:
1.  Mandi hadas kerana melahirkan (WILADAH. Yakni, sebaik sahaja kepala bayi
keluar.
2.  Mandi hadas habis nifas (darah yang keluar selepas bersalin) maka
diwajibkan mandi hadas.

menurut ustazah, niat mandi boleh pakai satu sahaja, tak perlu spesifik.
Cuma niatkan:
"Sahaja aku mandi hadas besar ke atas tubuhku yang diwajibkan ke atas ku
kerana Allah Taala".

Tula saya teringat orang tua-tua kita tak kasi org dalam pantang tu mandi
basahkan kepala, takut masuk anginla, sejukla... saya terfikir balik, takkan
suruhan agama sanggup diketepikan semata-mata nak jaga pantang.
Lagipun mandi wajib selepas melahirkan tu SEKALI je setiap
kelhairan..katalah anda seorang yang betul-betul kuat berpantang.. dalam
masa 40/60 hari tu, cuma sekali je mandi basah rambut, bukan tiap-tiap hari
Mandilah dengan air panas... kita tak suruh mandi dgn air sejuk cuma
pastikan air tu tak jadi air musta'mal. Itu sahaja.

Jadi, bakal ibu dan bakal bapa, harap tak ambil remeh perkara ini. Yang
lelaki tu ingatkanlah isteri-isteri anda dan adik-adik pompuan. dan yang
pompuan tu ingatkanlah diri anda dan sedara-sedara pompuan yang
lain..InsyaAllah

Mungkin bagi sesetengah orang yang kata ini soal "remeh" (walaupun ini
sebenarnya tak remeh) dapat dikongsi dan diamalakan bersama.

Wallahua'lam.


Sumber : Dari Email

No comments: